Monday 28 May 2012


haii korang...?? opsss ASSALAMMUALAIKUM..?? korag ape kabar sihat...??sory larh blog wa nie dh bersawang,reput sne sni..biasa larh lme xsinggahkan...mne xyew,berkepit 24 jam gn spe lgi klo bkn,buat hati pengarang jantung intan payung wa 'Report LI' larh korg...wt2 xthu plk...hihihi...tpy skunk dye dh pergi tinggal ku seorang diri...sobsobsob..-,-""...hahahah*padahal happy gle bapak r...
setelah 5blan perpisah gn kawan2,windu gle r gan dorg semua,jumpe time interview ari 2 mmg hapy siot,dapat plk buah hati sya ade sekali,*sory larh derr xdpt dating bapak gua ikot skali derr...hahahah...abaikan ok...ckp psal teman/sahabat nie,ape kte jom kite kongsi2 ayat kt bawah nie sme2...jom2..!!!



♥ ♥ ♥Pilihlah kawan yang sesuai♥ ♥ ♥ 



Biar kita cerewet dalam memilih kawan supaya kita berbahagia di dunia dan akhirat..
jangan hanya berbahagia di dunia sahaja kerana kebahagian di dunia tidak menjamin kebahagian di akhirat..
Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..

Pertama : ♥ ♥ ♥ 
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua : ♥ ♥ ♥ 
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga : ♥ ♥ ♥ 
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat : ♥ ♥ ♥ 
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima : ♥ ♥ ♥ 
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim..
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :

 "seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."



♥ ♥ ♥ ADAB BERSAHABAT ♥ ♥ ♥


Bersahabat mengeratkan tali silaturahim dan dituntut dalam Islam.

 Antara adab ketika menjalinkan persahabatan sesama kita ialah:


Pertama:♥ ♥ ♥


 Bergaul dengan cara yang baik, jangan menyombong dan x

 mementingkan diri sendiri.


Kedua:♥ ♥ ♥

 Selalu berterima kasih atas kebaikan sahabat dan berusaha untuk

 membalas kebaikannya.



Ketiga:♥ ♥ ♥

 Sekiranya berlaku salah faham, mintalah maaf dan bersedia 

memaafkannya.


Keempat:♥ ♥ ♥

Jauhilah pertengkaran, hasad dengki atau buruk sangka.


Kelima:♥ ♥ ♥

 Menjaga nama baik serta maruah sahabat kita.


Keenam:♥ ♥ ♥

 Memulakan memberi salam ketika bertemu dengan sahabat.


Ketujuh:♥ ♥ ♥

 Cintailah sahabat kita kerana ALLAH SWT.



Ketahuilah wahai sahabat...♥ ♥ ♥

"Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika

 kebaikan dibalas kebaikan, itu adalah perkara biasa. Jika 

kebaikan dibalas kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan, 

dibalas kebaikan itu adalah mulia dan terpuji..♥ ♥ ♥"







wassalam..♥ ♥ ♥